awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Buat apa takut, Pas dah biasa kalah'

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2022
01:15 MYT
'Buat apa takut, Pas dah biasa kalah'
Razman Zakaria berkata, tiada istilah takut hilang kerusi memandangkan parti itu sendiri telah melalui fasa tewas bertanding pada PRU sebelum ini. -Foto Sinar Harian
BAGAN SERAI: Pas Perak menyelar pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan parti itu khuatir kehilangan kerusi sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan.
Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, tiada istilah takut hilang kerusi memandangkan parti itu sendiri telah melalui fasa tewas bertanding pada PRU sebelum ini.
Menurutnya, dalam keadaan situasi politik sekarang, UMNO sepatutnya yang perlu rasa gentar kehilangan kerusi-kerusi Parlimen.
"Isu takut hilang kerusi tu tak sepatutnya timbul kerana Pas memang dah biasa kalah.
"UMNO yang sepatutnya perlu rasa khuatir sebab sekarang ini kerajaan di bawah pentadbiran pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), kita ini (Pas) hanya mencukupkan dan melengkapkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bantuan RM100,000 kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-latifiah di Alor Setanggok dekat sini pada Isnin.
Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menempelak kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pihak yang bertegas mahu menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah kumpulan sebenar kemaruk kepada kuasa.
Razman berkata, UMNO yang mempunyai lebih 40 kerusi Parlimen sepatutnya ada kuasa untuk membubarkan Parlimen sepertimana pernah dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Johor.
"Jadi kenapa bila nak bubar Pusat, nak salahkan Pas yang ada 18 kerusi ni, bubarlah kalau berani," katanya.
Beliau berkata, pendirian Pas untuk tidak bersetuju PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat bukanlah disebabkan gentar atau tidak bersedia, tetapi demi kepentingan rakyat yang terbelenggu dengan pelbagai isu ekonomi dan bekalan makanan.
Katanya, isu kenaikan harga, bekalan makanan yang terjejas serta krisis eksport dan import negara, itu perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan.
"Pendirian Pas untuk selesaikan dulu masalah rakyat, tergesa-gesa nak adakan PRU itu bukanlah satu keperluan lagi," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Razman Zakaria
#PRU15
#takut hilang kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan