awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar

Bernama
Bernama
01/02/2025
11:20 MYT
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar bercakap kepada media ketika hadir ke Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Parlimen Tambun di Sekolah Kebangsaan Meru Raya hari ini.- Foto Bernama
IPOH: PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.

Ringkasan AI
  • PKR mungkin tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan pada Mei ini.
  • Cadangan ini bertujuan memastikan kestabilan dalaman parti dan melancarkan khidmat bakti kepada rakyat menjelang pilihan raya yang hanya berbaki kira-kira dua tahun lagi.
  • Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat akan diadakan pada 24 Mei depan.

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini.
"Ia (pandangan) untuk memastikan dalaman parti itu lebih tenang serta melancarkan khidmat bakti kepada rakyat memandangkan pilihan raya hanya berbaki kira-kira dua tahun lagi.
"Apa pun tidak ada keputusan dalam parti yang menghalang, tetapi kita di peringkat pimpinan ini tentulah ada perbincangan kerana kita ada agenda yang lebih penting," katanya.
Shamsul Iskandar yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Parlimen Tambun 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini hari ini.
Pada 26 Jan lepas, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh dilapor berkata parti itu akan mengadakan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat bagi sesi 2025-2028 pada 24 Mei depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#jawatan Presiden tidak dipertanding
#Shamsul Iskandar Md Akin
#proses rundingan dalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan