awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor perlu tubuh JK Pilihan Khas Enakmen Antilompat Parti - ADUN Skudai

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2022
10:27 MYT
Kerajaan Johor perlu tubuh JK Pilihan Khas Enakmen Antilompat Parti - ADUN Skudai
Menurut Marina, Kerajaan Johor tidak seharusnya melengah-lengahkan usaha itu kerana ia adalah janji Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Johor perlu segera menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Enakmen Antilompat Parti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim.
Menurut Marina, kerajaan Johor tidak seharusnya melengah-lengahkan usaha ini kerana ia adalah janji Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 menerusi Janji Ikhtiar BN.
Jelas Marina, langkah ini juga selari dengan kemajuan dibuat oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang Ahli Parlimen bertukar parti pada 29 Julai dan 9 Ogos 2022.
"Rundingan ini wajar dipertimbang dan disokong oleh kerajaan negeri memandangkan persidangan Dewan Negeri Johor pada 22 September hanya melibatkan agenda kerajaan meluluskan perbekalan tambahan tanpa perbahasan dan ia berlaku dalam masa sehari.
"ADUN Pakatan Harapan (PH) dan MUDA Johor akan memberi komitmen sepenuhnya untuk menjalinkan kerjasama dwipartisan dengan kerajaan negeri bagi menggubal Enakmen Antilompat Parti dan agenda reformasi institusi demokrasi Johor demi mempertahankan kepercayaan Bangsa Johor terhadap pentadbiran negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Marina berkata, beliau telah menghantar usul rundingan kepada Jurutulis Dewan Negeri Johor untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji dan meneliti Enakmen Antilompat Parti di peringkat DUN Johor.
Jelasnya, ia perlu dilakukan ketika Persidangan Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Negeri Johor ke-15 yang akan berlangsung pada 22 September nanti.
Topic Berkaitan
#ADUN Skudai
#Marina Ibrahim
#Enakmen Antilompat Parti
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan