awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakatan Harapan umum logo hadapi PRU ke-14 Jumaat depan

Bernama
Bernama
31/05/2017
15:40 MYT
Pakatan Harapan umum logo hadapi PRU ke-14 Jumaat depan
Mengenai calon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata mereka tidak membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat hari ini. - Gambar fail
Logo rasmi Pakatan Harapan akan diumumkan pada Jumaat depan (9 Jun) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata logo rasmi pakatan pembangkang itu mengekalkan perkataan "Harapan" dengan sedikit pengubahsuaian.
"Kita telah bersetuju dengan logo tersebut," katanya kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.
Turut hadir, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) Mohamad Sabu dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengenai calon Perdana Menteri, bekas perdana menteri itu berkata mereka tidak membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat hari ini.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata pakatan itu menjangka memberi kata putus berkenaan pembahagian kerusi PRU Ke-14 pada Julai depan.
Katanya mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai manifesto, pembahagian kerusi, logo dan semua perkara berkaitan PRU-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon perdana menteri
#Khalid Abdul Samad
#logo
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan