awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/02/2024
05:03 MYT
Pas gesa kerajaan tidak ikut telunjuk luar isu keselamatan, kedaulatan negara
TUAN IBRAHIM: Pas memberi jaminan sentiasa menyokong usaha-usaha menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dan keganasan selari dengan pendekatan damai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa terus bertegas dan tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak berhubung isu keselamatan dan kedaulatan negara.
Gesaan itu dibuat Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man susulan tindakan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) didakwa menyenaraikan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini sebagai pengganas.
"Perkara ini mesti diuruskan dengan kewibawaan kita sendiri tanpa didorong oleh campur tangan asing, termasuk agensi perisikan asing, sama ada daripada FBI atau Mosad.
"Pas memberi jaminan sentiasa menyokong usaha-usaha menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman dan keganasan selari dengan pendekatan damai atau 'muwajahah silmiyyah' agar terus berdaulat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Rabu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiga pemimpin NGO Islam yang disenaraikan Terrorist Screening Center atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh FBI, tidak terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan KDN mendapati tiga pemimpin tersebut merupakan antara 359 ahli daripada 59 NGO tempatan yang mengerakkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, walaupun KDN telah mengesahkan ketiga-tiga individu tersebut tidak terlibat dengan aktiviti keganasan, ia tetap meresahkan kerana wujud seolah-olah cubaan campur tangan pihak luar.
Beliau juga percaya, tindakan FBI melabelkan ketiga-tiga pemimpin NGO sebagai pengganas merupakan usaha berterusan Amerika Syarikat memerangi mereka yang membantu rakyat Palestin dan perjuangan membela kezaliman khususnya di Palestin.
"Kita yakin usaha mereka membela nasib umat Islam di Palestin antara punca mereka disenaraikan sebagai pengganas oleh FBI.
"Apakah kerana sumbangan kemanusiaan mereka kepada mangsa kezaliman di Palestin, mereka dianggap pengganas?
"Bagaimana pula mereka yang menyalurkan senjata dan ketenteraan kepada Zionis bagi meneruskan pembunuhan kanak-kanak dan wanita, tidak dianggap pengganas? soal Tuan Ibrahim.
Justeru, Tuan Ibrahim menegaskan, dunia harus berlaku adil kepada nasib umat Islam khususnya di Palestin.
Topic Berkaitan
#FBI
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#pengganas
#NGO Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan