awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2017: Sampai bila pun kita tak akan setuju Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel - Najib

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
07/12/2017
03:28 MYT
PAU2017: Sampai bila pun kita tak akan setuju Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel - Najib
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dalam apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian Islam. - foto AstroAWANI/Shahir Omar
Malaysia menolak sekeras-kerasnya usaha menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dalam apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian Islam.
"Pendirian ini kita ambil bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.
"Jadinya, apabila kita dikejutkan dengan usaha Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pagi ini.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Pada masa sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Bagaimanapun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitumaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.
Topic Berkaitan
#Baitulmaqdis
#Datuk Seri Najib
#Israel
#Najib Razak
#Palestine
#PAU 2017
#Presiden UMNO
#Tel Aviv
#Trump
#UMNO
#UMNO 4 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan