awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2023: 10 'warlord' UMNO sertai parti lain, Zahid ucap selamat maju jaya

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/06/2023
06:41 MYT
PAU2023: 10 'warlord' UMNO sertai parti lain, Zahid ucap selamat maju jaya
Ahmad Zahid berkata, gerak kerja berhubung persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tetap diteruskan seperti biasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya terhadap 10 'warlord' UMNO yang dikatakan berhasrat untuk menyertai parti lain.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, gerak kerja berhubung persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tetap diteruskan seperti biasa.
Ujarnya lagi, tindakan seumpama itu bukanlah perkara yang asing dalam UMNO, justeru yakin parti itu akan tetap mendapat sokongan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.
“10 warlord UMNO ini mungkin pertama kali mereka tak dapat hadirkan diri ke Perhimpunan Agung UMNO dan saya dimaklumkan bahawa mereka berhasrat untuk sertai parti-parti lain… Saya ucapkan selamat maju jaya pada mereka.
“Insya-Allah bagi PRN enam negeri kita akan susun gerak kerja kita bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan apa yang lebih penting adalah matlamat untuk mendapatkan semula kerusi kita (BN).
“Kombinasi ini telah kami bincangkan dengan rakan-rakan kongsi politik kita dan insya-Allah apabila DUN dibubarkan akhir bulan ini, gerak kerja kita akan bertambah,” jelasnya di sini, hari ini.
Bercakap mengenai soal agihan kerusi, Ahmad Zahid menyatakan, BN mempunyai formula tertentu dalam memastikan komposisi kerusi yang dipertandingkan dibuat secara adil dan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Mengulas mengenai calon BN yang bertanding pula, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada jumlah kerusi yang telah dimuktamadkan kelak selain meletakkan sasaran terhadap kerusi yang berpotensi dimenangi BN.
Baru-baru ini, Perikatan Nasional (PN) mendakwa sekurang-kurangnya 10 'warlord' daripada UMNO dijangka menyertai gabungan itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurut Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, mereka yang dijangka menyertai gabungan terbabit adalah pemimpin yang telah tersisih daripada UMNO.
Topic Berkaitan
#PAU 2023
#warlord UMNO
#PRN
#ucap selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan