awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/12/2020
05:20 MYT
Pembangkang perlu terima kasih kepada Anwar, bukan cuba ganti beliau - Xavier
Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa boleh digagalkan jika semua pihak bersatu padu, hadir dalam setiap proses mengundi, kata Xavier. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus dipersalahkan atas kegagalan blok pembangkang memastikan Belanjawan 2021 tidak lulus di Dewan Rakyat, tegas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, ketika Pakatan Harapan dikhianati pihak tertentu sehingga kehilangan kuasa di Putrajaya, Anwar masih kekal setia dan memimpin gabungan itu dalam tempoh waktu yang penuh dengan kesukaran.
Xavier berkata, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan telah membuat sedaya termampu untuk mencapai apa yang diimpikan setiap parti dan ahli dalam gabungan itu.
“Beliau adalah satu-satunya pemimpin yang mengambil tanggungjawab itu untuk melawan dan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional. Kita patut memuji dan berterima kasih kepada Anwar kerana melakukan perkata itu, kerana beliau berhempas pulas untuk mencapai apa yang diimpikan setiap ahli Pakatan Harapan.
“Bayangkan jika Anwar berjaya menjatuhkan Perikatan Nasional, semua orang akan merasa gembira dan meraih manfaat atas usaha keras beliau,” katanya lagi.
BACA: Pembangkang harus bersatu, berhenti kejar bayang-bayang, kata Guan Eng dan Mat Sabu
Namun, Xavier berkata, tidak wajar untuk meletakkan beban atas bahu Anwar seorang, semata-mata gagal dalam menghalang kelulusan Belanjawan 2021, dan seterusnya menggantikan beliau dengan orang lain.
Ujarnya lagi, beban itu juga sepatutnya diletakkan ke atas parti lain, yang sengaja tidak hadir atau tidak mengundi sewaktu perbahasan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa.
“Jika kita semua menunjukkan perpaduan dari segi kehadiran, sudah pasti Belanjawan 2021 di peringkat beberapa kementerian akan kalah.
“Saya mahu berterima kasih kepada Anwar, kerana berusaha keras mengembalikan mandat rakyat. Kita harus sedar kita sedang hidup di zaman yang luar biasa, dan ini memerlukan tindakan yang juga luar biasa untuk menyelamatkan negara,” tegasnya lagi.
Tegas beliau lagi, semua pihak perlu sedar kejatuhan Pakatan Harapan bukanlah disebabkan Anwar, tetapi kerana Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Februari tahun ini.
Bergerak ke harapan, Xavier berkata, Pakatan Harapan perlu terus maju, dan mula memikirkan strategi yang bertepatan, agar tidak menjadi seperti Perikatan Nasional, sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti amat tipis.
Ujarnya lagi, Perikatan Nasional akan terus rapuh kerana UMNO dilihat seolah-olah menjadikannya sebagai tebusan, dan boleh meminta apa sahaja yang diingini.
Atas sebab itu, ujarnya lagi, Pakatan Harapan dan blok pembangkang secara keseluruhan perlu bersatu, supaya kerajaan lebih stabil dapat diwujudkan di masa hadapan.
Topic Berkaitan
#Xavier Jayakumar
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2021
#Pakatan Harapan
#Beban
#PKR
#UMNO
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Parlimen
#presiden
#pembangkang
#rakyat
#perpaduan
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan