awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
27/02/2023
09:37 MYT
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan. - Gambar fail
ALOR SETAR: Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Arifin Man, memaklumkan, antara nama berkenaan adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di Alor Setar dan bekas Timbalan Menteri, Datuk Johari Baharum di Kubang Pasu.
Tambahnya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Padang Terap selepas diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan.
"Calon-calon yang menawarkan diri, (ramai antara mereka adalah) mantan-mantan Ketua Bahagian seperti di Jerlun, Datuk Abd Rahman Ariffin, kemudian di Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum, di Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanifah.
"Manakala di Bahagian Sungai Petani, Datuk Abd Rahim Saad, dan di Padang Serai Datuk Abdul Rahman Saad, dan di Sik, 'comeback' (juga dilakukan) bekas Ahli Parlimen (Sik) dan bekas ADUN (Jeneri), Dr Mansor dan Mahadzir Hamid," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media berkaitan Pemilihan UMNO Penggal 2023-2026 Peringkat Negeri Kedah, di Pejabat UMNO Kedah, Bangunan Tunku Alor Setar pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Arifin memaklumkan empat calon Timbalan Ketua Bahagian di Kedah menang tanpa bertanding melibatkan Bahagian Alor Setar (Syed Hafiz Syed Mustafa), Baling (Datuk Khairul Azhar Abdullah), Padang Terap (Datuk Seri Ghazali Ibrahim) dan Pokok Sena iaitu dirinya sendiri.
Tambahnya, bagi peringkat negeri Kedah seramai 36 calon akan bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian (34 calon), Naib Ketua Bahagian (36 calon), Ketua Wanita Bahagian (16 calon), Ketua Pemuda Bahagian (18 calon) dan Ketua Puteri Bahagian (15 calon).
Empat bahagian akan menyaksikan pertandingan empat penjuru merebut jawatan Ketua Bahagian termasuk Jerai, Kuala Kedah, Sik dan Jerlun manakala 10 bahagian lain di Kedah akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Ahmad Bashah
#Mahdzir Khalid
#Arifin Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan