awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR belum putuskan untuk menyertai Himpunan Hijau - Azmin

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
01/10/2015
08:57 MYT
PKR belum putuskan untuk menyertai Himpunan Hijau - Azmin
MOHAMED AZMIN: Belum pasti sama ada Setiausaha Agung parti itu sudah menerima jemputan ke himpunan itu. - Gambar Fail
Keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada akan menyertai 'Himpunan Baju Hijau' pada 17 Oktober ini atau sebaliknya akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu akan datang.
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, setakat ini, beliau belum pasti sama ada Setiausaha Agung parti itu sudah menerima jemputan ke himpunan itu.
"Saya tidak pasti Setiausaha Agung ada terima jemputan atau tidak. Kita akan bincang dalam mesyuarat yang akan datang.
"Biasanya ia akan berurusan dengan Setiausaha Agung, kita akan bincang mesyuarat parti yang akan datang," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan Top Glove Tower di Setia Alam, di sini hari ini.
Justeru, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan ia perlu dibincangkan di peringkat parti.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, sebelum ini mengumumkan 'Himpunan Baju Hijau atau Himpunan 60,000 (H60K) yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu, Kelantan.
Pas juga sedia menjemput semua parti untuk menyertai himpunan tersebut termasuk PKR, DAP dan parti komponen Barisan Nasional (BN).
Minggu lalu, Kumpulan 'Baju Merah' turut bersedia untuk menyertainya himpunan berkenaan.
Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau berkemungkinan akan menggerakkan ahlinya ke H60K ke Kelantan sekiranya objektif himpunan itu bertujuan menyatukan orang Melayu di negara ini.
Topic Berkaitan
#Himpunan Baju Hijau
#Mohamed Azmin Ali
#Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.Jamal Md Yunos
#Parti Keadilan Rakyat
#Top Glove Tower
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan