awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM umum pembubaran Parlimen petang ini?

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/10/2022
06:09 MYT
PM umum pembubaran Parlimen petang ini?
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bangunan Perdana Putra bagi menyampaikan perutusan khas pada 3 petang ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengakhiri teka-teki mengenai pembubaran Parlimen yang bermain di fikiran rakyat, pada petang ini.
Mengikut jadual beliau, Ismail Sabri akan merasmikan Perhimpunan Agung MIC di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada pukul 2.30 petang.
Pastinya, majlis MIC yang dihadiri figura penting itu terutamanya pada saat-saat spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa, akan menjadi tumpuan bukan sahaja rakyat Malaysia malah dunia.
Namun demikian, pengamal media masih tidak dapat memastikan dengan tepat sama ada pengumuman itu akan dibuat pada majlis itu atau dalam program berasingan.
BACA: PM selesai menghadap Agong, adakah Parlimen bubar dalam tempoh 48 jam ini?
Untuk makluman, Astro AWANI akan membawakan ucapan Perdana Menteri pada acara tersebut secara langsung di semua platform.
Terdahulu dalam laporan Astro AWANI semalam, Ismail Sabri dilapor telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H Bersamaan 2022, pada Ahad.
Sebelum ini, beliau menegaskan kuasa mencadangkan pembubaran Parlimen berada sepenuhnya dalam bidang kuasa Perdana Menteri dan tiada parti politik boleh mempengaruhi keputusan itu.
Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bubar Parlimen | PM sekali lagi tegaskan kuasa terletak pada Agong
Dalam pada itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan memberitahu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berangkat ke London, United Kingdom bagi mengadakan Lawatan Khas bermula hari ini (Isnin) hingga 16 Oktober ini.
Katanya, dalam rangka Lawatan Khas itu, baginda berdua dijadualkan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Baginda Raja Britain, Baginda Raja Charles III di Istana Buckingham, London pada Rabu.
Namun difahamkan, Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Yang di-Pertuan Agong berkenan membenarkan Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#ismail sabri yaakob
#PRU15
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan