awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: BN yakin peroleh sokongan golongan muda - Zahid

Bernama
Bernama
09/11/2021
13:04 MYT
PRN Melaka: BN yakin peroleh sokongan golongan muda - Zahid
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana generasi yang memiliki pemikiran dan cita rasa politik tinggi, halus dan bersifat kompleks itu, akan berfikir secara rasional dan berfakta. - Gambar fail
MELAKA: Generasi muda masa kini merupakan generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah dan senario itu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebook berkata ini kerana generasi yang memiliki pemikiran dan cita rasa politik tinggi, halus dan bersifat kompleks itu, akan berfikir secara rasional dan berfakta.
"Generasi ini dikatakan tidak suka menjadi ahli mana-mana parti, tetapi cakna tentang perihal politik. Merekalah generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah.
"Namun senario itulah suatu kelebihan buat BN (Barisan Nasional) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak mahupun dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) nanti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN, memiliki seramai 495,195 pengundi berdaftar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan muda
#PRN Melaka
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#BN
#generasi teknologi maklumat
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan