awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak menang bergaya di DUN Bukit Sari, Bukit Saban

Assim Hassan
Assim Hassan
18/12/2021
12:19 MYT
PRN Sarawak: Dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak menang bergaya di DUN Bukit Sari, Bukit Saban
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.
KUCHING: Dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas berjaya mempertahankan kerusi masing-masing di DUN Bukit Sari dan Bukit Saban.
Awang Tengah yang menang dengan majoriti selesa 5,636 menewaskan dua calon daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Alias Mail dan calon Parti Bumi Kenyalang, Riyah Basrah.
Kedua-dua calon PSB dan PBK yang mendapat undi 749 serta 165 turut hilang deposit.
Pada PRN11 Sarawak, Awang Tengah yang merupakan penyandang sejak tahun 1987 menang tanpa bertanding.
Selain itu, Uggah menang dengan jumlah undi sebanyak 5,373 menewaskan Parti Sarawak Bersatu (PSB) Andria Gelayan dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mikael Matthew.
Andria mendapat undi 1,385 manakala Mikael hanya memperoleh 136 undi.
Penjumlahan undi telah dibuat di Dewan Masyarakat Spaoh dengan 45 peti undi.
Untuk rekod, DUN Bukit Saban menyaksikan 6,365 pengundi yang menunaikan tanggungjawab bersamaan 66.87 peratus.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Awang Tengah Ali Hasan
#Douglas Uggah Embas
#GPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan