awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Sokongan Melayu, Cina, India bolehkan PN bentuk kerajaan 12 Ogos ini' - Roslan Shahir

Fareez Azman
Fareez Azman
10/08/2023
07:30 MYT
PRN: 'Sokongan Melayu, Cina, India bolehkan PN bentuk kerajaan 12 Ogos ini' - Roslan Shahir
Roslan Shahir berkata, PN yakin angin perubahan akan berlaku di negeri itu selepas tiga penggal ditadbir Pakatan Harapan (PH).
SHAH ALAM : Perikatan Nasional (PN) Selangor yakin dapat membentuk kerajaan negeri yang baharu pada 12 Ogos depan berikutan sokongan pengundi Melayu, Cina dan India yang berpihak kepada gabungan itu.
Menurut Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, PN yakin angin perubahan akan berlaku di negeri itu selepas tiga penggal ditadbir Pakatan Harapan (PH).
"Berdasarkan kedudukan terkini, sokongan Melayu dan Bumiputera kekal tinggi sekitar 65 hingga 70 peratus, diikuti masyarakat India yang meningkat sebanyak 15 peratus, iaitu satu peningkatan sangat positif. Masyarakat Cina pula sudah mencecah lima peratus berbanding PRU lepas kita dapat 0.02 peratus sahaja.
"Ini satu peningkatan positif, PN yakin sokongan ini akan ditingkatkan lagi kempen di peringkat lapangan yang agresif," dakwanya dalam sidang media khas PN Selangor di Shah Alam pada Khamis
Tambahnya, PN Selangor yakin dapat mencapai lebih daripada 29 kerusi DUN yang disasarkan sebelum ini.
"Kita punya benchmark 29 kerusi DUN, setakat semalam kita yakin boleh capai 29 kerusi DUN itu dengan sokongan rakyat, penerimaan masyarakat, juga masyarakat Cina sendiri.
"Setakat ini PN dijangka mempertahankan kerusi DUN Sijangkang, Selat Kelang, Gombak Setia. PN juga dijangka menang kerusi lain termasuk di DUN Hulu Kelang, Sg Ramal, Kuala Kubu Bharu, Batu Tiga. Kita menjangkakan cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.
"Rakyat Selangor tanpa mengira peringkat umur, kaum, bangsa dan agama diminta keluar untuk mengundi pada 12 Ogos ini," ujarnya.
Mengulas mengenai kerusi DUN Sungai Tua ditandingi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, jelasnya PN dijangka berjaya menakluk kerusi itu pada 12 Ogos depan.
"Setakat semalam angka menunjukkan Sungai Tua adalah satu kerusi yang boleh kita kuasai.
"Sebelum ini kita letak kerusi itu paling akhir, sebab kerusi itu (ditandingi) MB dan Ahli Parlimen Gombak, tapi setakat semalam mengikut bacaan kita telah berjaya menerobos Sungai Tua lebih 50 peratus," dakwanya lagi.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Selangor
#PN Selangor
#sokongan Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan