awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Anwar terbuka bertemu Tun Mahathir, perlu jelas dasar GTA

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2022
09:53 MYT
PRU15: Anwar terbuka bertemu Tun Mahathir, perlu jelas dasar GTA
Anwar menjelaskan sekiranya isu diperjuangkan sama dengan Pakatan Harapan, beliau tidak mempunyai masalah untuk berbincang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk bertemu dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kerjasama sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Namun, Anwar menegaskan Dr Mahathir perlu menjelaskan apakah dasar yang diperjuangkan gabungannya dalam menghadapi PRU15.
Anwar menjelaskan sekiranya isu diperjuangkan sama dengan Pakatan Harapan, beliau tidak mempunyai masalah untuk berbincang.
"Tidak ada masalah boleh jumpa dan boleh bincang. Tetapi selalu saya tekankan, yang penting mengapa kita nak lawan BN atau PN, dasar apa?
"Jika dasarnya menolak rasuah, atau soal tata kelola yang baik, menolak perkauman dan fahaman melampau, kalau isu-isu itu saya tidak ada masalah," katanya kepada media selepas program bersama masyarakat India di Klang pada Jumaat.
Anwar menjelaskan, buat masa ini beliau menumpukan kepada kempen yang dibawa oleh PH pada PRU15 yang akan diadakan pada 19 Nov nanti.
Dr Mahathir dalam satu kenyataan pada Jumaat menjelaskan untuk mencapai kemenangan dalam satu-satu perjuangan, sikap sombong, ego dan mementingkan diri tidak sepatutnya ada.
Beliau mengimbau tindakannya bertemu Anwar di Mahkamah pada 2018 untuk mendapatkan sokongan bagi mengalahkan Barisan Nasional pada PRU14.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Gerakan Tanah Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan