awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful sebagai calon Parlimen

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
31/10/2022
12:11 MYT
PRU15: Bersatu Tasek Gelugor sokong Wan Saiful sebagai calon Parlimen
Azmi Alang (kiri) bersedia memberi laluan dan menyokong Wan Saiful Wan Jan sebagai calon Parlimen di Tasek Gelugor.
TASEK GELUGOR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tasek Gelugor menyokong penuh cadangan menamakan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai calon untuk kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dalam satu kenyataan hari ini, Bersatu bahagian Tasek Gelugor memaklumkan, sokongan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan empat mata bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Oktober lalu.
“Bersatu Tasek Gelugor mengambil maklum laporan berita mengenai calon untuk Parlimen Tasek Gelugor. Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Azmi Alang, telah mengadakan perbincangan empat mata dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 25 Oktober lalu di kediaman Muhyiddin.
“Dalam perbincangan tersebut, kami menyatakan Bersatu Tasek Gelugor menyokong penuh cadangan untuk menamakan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan, selaku calon Parlimen kami,” kata Bersatu Bahagian Tasek Gelugor dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Jelas kenyataan itu lagi, pada awalnya, Bersatu Tasek Gelugor ingin menamakan Azmi sebagai calon.
“Namun, kami bersedia memberi laluan dan menyokong Wan Saiful untuk membuka ruang bagi tokoh muda peringkat nasional yang berpotensi menjadi Menteri Kabinet untuk membawa kemakmuran kepada semua rakyat Tasek Gelugor,” jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, Azmi berjiwa besar kerana bukan sahaja menyokong sepenuhnya pencalonan Wan Saiful, tetapi juga berikrar akan turut bekerja bagi memastikan kemenangan calon mereka itu.
“Justeru, kami berharap pihak PN Pusat akan memberi perhatian kepada pandangan kami di peringkat Bahagian,” kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Wan Saiful Wan Jan
#Parlimen Tasek Gelugor
#Bersatu Bahagian Tasek Gelugor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan