awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Jangan cucuk-mencucuk, Ismail Sabri kekal calon PM - Ahmad Zahid

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/11/2022
09:56 MYT
PRU15: Jangan cucuk-mencucuk, Ismail Sabri kekal calon PM - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melaungkan slogan Barisan Nasional semasa menyampaikan ucapan di PDM Bukit Terendak dekat Sungai Udang hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menimbulkan spekulasi mahupun melaga-lagakan barisan kepimpinan berhubung kedudukan calon Perdana Menteri.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini kerana parti itu tidak pernah berganjak daripada pendirian mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU15), 19 November ini.
“Jangan timbulkan spekulasi, jangan (buat) ramalan atau jangan cucuk-mencucuk di kalangan kami. We have no problem at all (Kami langsung tiada masalah).
“Dan tentunya apabila parti UMNO membuat keputusan, BN (juga) buat keputusan, kita akan terus komited menentukan bahawa Perdana Menteri kita adalah Perdana Menteri yang sedang menjalankan tugas dengan baik di Putrajaya sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang di sini pada petang Khamis.
Dalam pada itu, beliau yang juga calon BN Bagan Datuk turut mengingatkan pengundi untuk tidak lagi membuat kesilapan seperti apa yang berlaku pada PRU14 lalu.
“Rugilah jika mereka tidak pernah menyesal memilih Pakatan Harapan (PH), rugilah jika kali ini ada yang memilih Perikatan Nasional (PN) kerana rekod pencapaian kita selama 60 tahun memerintah didapati bahawa kemajuan negara adalah atas sokongan kita.
“Saya amat menghargai apabila kita teruji dengan ketidakcukupan kerusi dalam PRU14 lalu, maka rakyat telah menderita, rakyat sengsara apatah lagi apabila negara ini ditadbir oleh kerajaan gagal selama 17 bulan,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, calon PN di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa kononnya Ismail Sabri yang disebut-sebut sebagai 'poster boy’ BN tidak akan direalisasikan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Ismail Sabri calon PM
#Barisan Nasional
#calon BN Bagan Datuk Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan