awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Shahril Hamdan letak jawatan dalam UMNO, gesa Zahid Hamidi turut berundur

Hakim Rahman
Hakim Rahman
20/11/2022
05:24 MYT
PRU15: Shahril Hamdan letak jawatan dalam UMNO, gesa Zahid Hamidi turut berundur
Shahril Hamdan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR: Shahril Hamdan yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Alor Gajah, Melaka mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO susulan prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Shahril, dalam masa sama, menggesa Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut berbuat demikian sebagai tanggungjawab bersama atas sesuatu kegagalan.
"Saya berpandangan bahawa pemimpin nombor satu Presiden UMNO dan Pengerusi BN perlu memaparkan contoh dengan memimpin proses mengambil tanggungjawab kekalahan ini - berundur secara terhormat.
"Biar kepimpinan dan individu lain memimpin perbincangan membuat keputusan besar seterusnya untuk parti ini"," katanya dalam hantaran di akuan media sosialnya, hari ini.
BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah menyertai PRU apabila hanya mendapat 30 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandinginya.
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan PRU15 memberikan isyarat jelas bahawa sebahagian besar rakyat negara kini menolak UMNO.
Kata Onn Hafiz, berlaku tsunami politik dalam kalangan orang Melayu apabila sebahagian besar mereka bersuara menolak parti keramat itu dan Presiden UMNO itu perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dizahirkan rakyat dengan meletak jawatan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Shahril Hamdan
#Shahril Hamdan letak jawatan
#Zahid digesa letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan