awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tak salah saya bercita-cita tinggi mahu jadi perdana menteri - Khairy

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2022
06:21 MYT
PRU15: Tak salah saya bercita-cita tinggi mahu jadi perdana menteri - Khairy
Menurut Khairy, kenyataan yang dibuat sebelum ini memberikan bayangan bahawa beliau ingin berkhidmat untuk negara dan rakyat jika diberi peluang. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, tidak salah ahli politik sepertinya bercita-cita menjadi perdana menteri suatu hari nanti.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat sebelum ini memberi bayangan bahawa beliau ingin berkhidmat untuk negara dan rakyat jika diberi peluang mengemudi kerajaan.
“Tak salah untuk sesiapa mempunyai cita-cita. Cuma, (sebelum ini) saya beri bayangan ingin berkhidmat untuk negara dan rakyat.
“Jika diberi peluang, saya juga ingin menerajui kerajaan kita di kemudian hari. (Salah satu sebabnya), kita nak tunjuk bahawa UMNO dan BN tidak ketandusan pemimpin yang boleh mengemudi negara pada masa depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya di sini pada Jumaat.
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
PRU15 | Khairy sedia jadi Perdana Menteri suatu hari nanti
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 'Perlis bukan lagi kubu kuat UMNO, kemelut politik untungkan Pas'
Khairy sebelum ini meluahkan hasratnya untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi perdana menteri suatu hari nanti semasa ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, hasrat itu perlu dibuktikan melalui kemenangan di Sungai Buloh yang disifatkannya agak mencabar.
Hasratnya itu disambut baik oleh beberapa pimpinan partinya dan parti lawan, dengan kebanyakan daripada mereka melihat Khairy seorang individu yang layak untuk menjadi perdana menteri negara ini pada suatu masa nanti. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRU15
#Perdana Menteri
#Khairy Jamaluddin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan