awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rugi jika Selangor tidak kekal bawah Kerajaan Perpaduan selepas PRN - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
06/08/2023
23:00 MYT
Rugi jika Selangor tidak kekal bawah Kerajaan Perpaduan selepas PRN - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata, dengan pelaburan luar yang besar, Selangor muncul negeri paling utama membantu rakyat Malaysia mengubah kehidupan, dengan menawarkan peluang pekerjaan tinggi. - Gambar BERNAMA
KUALA SELANGOR: Menjadi suatu kerugian buat negeri Selangor, yang menjadi antara nadi ekonomi negara dengan menyumbang antara 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun lepas, tidak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata, dengan pelaburan luar yang besar, Selangor muncul negeri paling utama membantu rakyat Malaysia mengubah kehidupan, dengan menawarkan peluang pekerjaan tinggi.
"Maka, rugilah jika Selangor tidak dapat kita kekalkan sebagai sebuah negeri di bawah Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia MADANI," katanya ketika berucap pada Majlis Doa Selamat sempena Bulan Kemerdekaan dan Kesejahteraan MADANI, di sini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, penyatuan gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan di Selangor, dapat dilihat menerusi keterbukaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang memberi ruang kepada BN, bertanding lebih banyak kerusi pada PRN ini.
"Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, BN cuma tinggal lima kerusi tetapi baiknya hati (pimpinan) PH ini, mereka bagi kita bertanding 12 kerusi dan ini bukti keikhlasan PH berkawan dengan kita," katanya.
Sebelum DUN Selangor dibubarkan, PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi, serta seorang wakil rakyat Bebas.
Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan. - BERNAMA
RUGI JIKA SELANGOR TIDAK KEKAL BAWAH KERAJAAN PERPADUAN SELEPAS PRN - AHMAD ZAHID
Topic Berkaitan
#PRN
#Zahid Hamidi
#Kerjaan Perpaduan
#Selangor nadi ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan