awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: Gabungan Hajiji dan Bung bawa harapan baharu buat rakyat Sabah

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2020
13:16 MYT
Sabah Memilih: Gabungan Hajiji dan Bung bawa harapan baharu buat rakyat Sabah
Bersatu Negeri Sabah senantiasa bersedia menghadapi PRN 'kilat' ini.' - Astro AWANI/ Ruzaini Zulkepli
Gabungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah akan membawa sebuah harapan dan citarasa baharu kepada rakyat jika mandat diberikan kepada mereka pada Pilihan Raya Negeri nanti.
Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar, berkata, gabungan yang diketuai Datuk Seri Hajiji Mohd Noor serta Datuk Seri Bung Moktar Radin itu adalah kombinasi terbaik untuk mengetuai gelombang rakyat negeri itu menentang Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan sekutunya.
Malah, katanya, gabungan kekuatan semua parti di bawah Perikatan Nasional itu sudah pasti akan menjadi nilai tambah kepada kerajaan Persekutuan sekali gus memberi kelebihan kepada Sabah.
"Bersatu Sabah sentiasa bersedia menghadapi PRN 'kilat' ini. Saya yakin dengan gabungan kepimpinan Hajiji dan Bung untuk mengetuai gelombang rakyat Sabah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Justeru, Khairul Firdaus menyeru rakyat Sabah disaran untuk memberi peluang dan ruang kepada gabungan baharu ini untuk mentadbir sekali gus membuktikan keupayaan mereka mengemudi kerajaan negeri demi kemajuan dan kemakmuran bersama.
Katanya, agenda hak rakyat Sabah dan pembangunan negeri akan menjadi fokus utama gabungan kepimpinan itu selain peluang kepada pimpinan baru serta anak muda untuk terlibat dalam pentadbiran Sabah.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#kerajaan
#pilihan raya negeri
#politik
#PRU14
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan