awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2023
03:50 MYT
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Hamzah juga berkata, beliau kesal melihat rakyat Malaysia sukar mendapatkan beras dan meminta menteri terlibat berfikir cara membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat. - Gambar fail
BENTONG: Keadaan jalan ke Pelangai menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta Panadol sebaik tiba di kawasan tersebut.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
"Saya hadir ke sini kerana nak melihat bagaimana rupa kampung Pelangai, tak pernah mari pun ke sini. Saya dari Karak sampai Chemomoi, rupanya susah nak mari ke sini.
"Soalan pertama saya pada Saifuddin, Panadol ada? Ditanya kenapa nak panadol...jalan pusing-pusing tak tahan rasanya.
"Saya rasa semua kedai di Pelangai ada jual Panadol sebab boleh buat sihat sikit," katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika Ceramah Perdana 'Pelangai Sedia Berubah' di Dataran Purnama dekat Simpang Pelangai di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut kesal melihat situasi rakyat Malaysia berbaris mendapatkan beras.
"Semenjak merdeka hingga ke hari ini, tidak pernah berlaku sama sekali rakyat Malaysia berbaris nak beli beras, apa dah jadi ni?
"Saya, rakan-rakan dah bawa isu ini ke Parlimen beritahu kepada Perdana Menteri beras tiada dalam negara. Sehingga hari ini beras tiada, yang ada beras dikeluarkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), konon-konon nak bantu rakyat," tambah beliau lagi.
Hamzah juga meminta menteri terlibat untuk berfikir membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
"Saya pernah jadi Menteri KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan), saya lakukan jualan rakyat seluruh negara, jual murah barang-barang keperluan asas.
"Kita boleh lakukan dengan cara menterinya biarlah fikir sikit. Jangan hanya pandai menyanyi, bercakap, menari. Kamu jadi PM sepatutnya membantu rakyat, selesaikan masalah.
"Kalau tak pandai berikan peluang kepada kami untuk menentukan masa depan rakyat yang lebih baik," ujar Hamzah. - Sinar Harian
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#Hamzah Zainuddin
#jalan pusing-pusing
#beras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan