awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2024
08:45 MYT
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Muhyiddin menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali ke-7 pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Beliau berkata, banyak kerja dan tugas besar yang perlu dilakukan oleh parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
“Saya berikrar untuk membawa mandat ahli-ahli Bersatu dan akar umbi yang diterima sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2023 untuk saya meneruskan tanggungjawab sebagai Presiden sehingga berjaya bertapak semula di Putrajaya dalam PRU16, insya-ALLAH.
“Oleh itu, jangan kita diadu domba, dilaga-laga dan dicucuk sana sini, kononnya ada kem itu dan ini. Ada kumpulan itu dan kumpulan ini yang akan melemah dan memecahkan kita. Ini semua karut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di PAT Bersatu kali ke-7 pada Sabtu. Pada masa sama, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau mahu memimpin parti berkenaan kerana ia kini menjadi harapan rakyat dan bangsa.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mendakwa parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan tidak boleh diharap untuk menjulang perjuangan agama, bangsa dan negara.
“Walaupun mereka tidur sebantal, mimpinya lain-lain,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin memberi jaminan kepada kaum Cina, India dan lain-lain bahawa hak kumpulan berkenaan kekal terpelihara jika Bersatu berjaya membentuk kerajaan.
Jelas beliau, hak kaum berkenaan akan terus dipertahankan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, sebagai sebuah parti yang mendokong semangat nasionalisme baharu untuk Malaysia, Bersatu tidak boleh bergantung kepada sokongan orang Melayu dan bumiputera membentuk kerajaan.
“Lihat rekod prestasi kami semasa menjadi kerajaan. Tidak ada seurat benang pun hak kaum bukan Melayu dirampas atau diketepikan, malah semua bantuan semasa pandemik COVID-19 diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Saya dan anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada waktu itu tidak melihat kepada warna kulit atau kepercayaan agama untuk menyampaikan bantuan. Saya tidak pernah tanya awak Melayu ke Cina ke, India ke sebelum beri bantuan,” jelasnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Presiden Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#PRU16
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan