awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar

Bernama
Bernama
26/01/2025
10:15 MYT
Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang bukan hanya memahami strategi dan selok-belok politik, tetapi menjiwai nilai perjuangan UMNO yang sebenar. - Foto FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang bukan hanya memahami strategi dan selok-belok politik, tetapi menjiwai nilai perjuangan UMNO yang sebenar.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah itu adalah sebuah institusi yang bukan sekadar wadah pembelajaran politik, tetapi medan untuk membentuk roh dan jiwa perjuangan dalam kalangan generasi muda.
"Kita mahu membina kepimpinan yang bukan sekadar mahir berpidato atau menguasai teori, tetapi benar-benar mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing yang tinggi tanpa mengabaikan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara.
"Saya percaya bahawa usaha ini adalah satu langkah strategik dalam memastikan UMNO terus relevan dan kekal sebagai tunjang politik negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid berkata sebagai permulaan, 50 peserta perintis dipilih untuk mengikuti program di sekolah berkenaan, dengan modul latihan dirangka secara holistik merangkumi aspek pemikiran kritis, kepimpinan strategik dan pemahaman mendalam terhadap perjuangan UMNO.
Beliau berkata modul berkenaan akan terus dikembangkan dan diperhalusi dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan dalam membentuk generasi pemimpin yang cerdas, berani dan berkeyakinan tinggi untuk menggalas tanggungjawab besar dalam meneruskan obor perjuangan parti.
Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinan bahawa dengan kesungguhan, disiplin dan semangat perjuangan yang tinggi, Sekolah Patriotik UMNO akan menjadi batu asas kepada kebangkitan generasi baharu bagi membawa parti itu ke mercu kejayaan lebih gemilang.
"Anak muda hari ini tidak boleh hanya menjadi penonton dalam arena politik, sebaliknya mereka perlu bangkit sebagai pemikir, perancang dan pelaksana yang mampu mencorakkan masa depan Malaysia.
"Melalui Sekolah Patriotik UMNO, kita membuka ruang seluas-luasnya kepada generasi muda untuk menyumbang idea, berdiskusi secara terbuka serta menjalani latihan kepimpinan yang akan memperkasa keupayaan mereka sebagai pemimpin masa hadapan," katanya.
Dalam hantaran itu, Ahmad Zahid turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang serta seluruh pasukan kerana berusaha memastikan kejayaan penubuhan Sekolah Patriotik UMNO berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sekolah Patriotik UMNO
#pemimpin
#perjuangan UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan