awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem Satu Ahli Satu Undi hanya di pemilihan cawangan, bahagian - Mukhriz

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
20/07/2019
12:26 MYT
Sistem Satu Ahli Satu Undi hanya di pemilihan cawangan, bahagian - Mukhriz
MUKHRIZ: Kita melihat dari sudut praktikal, jika sistem SASU mahu digunakan ketika pemilihan MPT, semua mesyuarat bahagian di seluruh negara perlu dibuat serentak. - Gambar fail/BERNAMA
Sistem Satu Ahli Satu Undi (SASU) hanya akan digunakan untuk pemilihan peringkat cawangan dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau menjelaskan sistem SASU dilihat tidak pratikal digunakan bagi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.
Mukhriz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Bersatu menjelaskan jika sistem SASU digunakan untuk memilih MPT tidak ada pihak yang akan bertindak sebagai penyelaras pemilihan.
"Kita melihat dari sudut praktikal, jika sistem SASU mahu digunakan ketika pemilihan MPT, semua mesyuarat bahagian di seluruh negara perlu dibuat serentak.
"Apabila mesyuarat dibuat serentak dan pemilihan juga dibuat, semua ahli dan pemimpin kena keluar membuat pemilihan.
"Jika semua mengundi siapa pulak yang jadi SPR (penyelaras pemilihan)?
“Jadi untuk memilih MPT sistem perwakilan akan digunakan didalam persidangan bahagian," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Khas Bersatu yang diadakan untuk meminda perlembagaan parti tersebut.
Beliau juga menjelaskan sebanyak 80 pindaan dan tambahan kepada fasal tertentu dalam perlembagaan Bersatu telah dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu.
Beliau menjelaskan hanya satu pindaan melibatkan keahlian parti sahaja tidak diluluskan pada perhimpunan khas ini.
Topic Berkaitan
#bahagian
#Bersatu
#cawangan
#MPT Bersatu
#Mukhriz Mahathir
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#pemilihan
#SASU
#satu ahli satu undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan