awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji selesai mengundi, yakin pertahan kerusi Sulaman

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/11/2025
04:40 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Hajiji selesai mengundi, yakin pertahan kerusi Sulaman
Hajiji ceria menyapa wartawan selepas beliau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Serusup, Tuaran, pada Sabtu.
TUARAN: Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan keyakinan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus diberi mandat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, sekali gus mempertahankan kemenangannya di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Selain itu, Pengerusi GRS itu berkata, gabungan tersebut menghormati pilihan rakyat, dan menunggu keputusan rasmi yang dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal pukul 10 malam ini.
“Harapan saya, kalau di Sulaman ini, saya amat yakin bahawa GRS akan memperolehi kemenangan. Saya tahu keadaan Sulaman ini yang sudah lama saya wakili.
“Jadi, apa pun, saya amat yakinlah,” katanya ketika ditemui media di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Serusup, di sini, pada Sabtu.
Hajiji dan isteri, Datin Seri Juliah Salaq selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Serusup sekitar pukul 11.40 pagi.
Mengulas proses pengundian hari ini, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu menyifatkan keadaan di seluruh Sabah berjalan lancar dan aman walaupun menyaksikan pertandingan sengit dengan jumlah calon yang ramai.
“Saya dapat laporan begitu baik, aman, damai. Walaupun banyak calon bertanding, keharmonian mesti dipertahankan,” katanya.
Mengulas keadaan yang cuaca tidak menentu pula, beliau menasihatkan pengundi agar keluar lebih awal bagi mengelakkan hujan di sebelah petang.
DUN Sulaman menyaksikan saingan lima penjuru, dengan jumlah pengundi berdaftar seramai 18, 352 orang.
Penyandang kerusi DUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor ditentang calon muda dan muka baharu daripada Barisan Nasional (BN), Dr Shahnon Rizal Thaijuddin selain Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).
Hajiji mempertahan kerusi DUN Sulaman sejak 1990 dengan PRN16 lalu Presiden Gagasan Rakyat itu menang majoriti 3,099 undi dalam saingan tiga penjuru.
Semua 882 pusat mengundi di seluruh Sabah dibuka tepat jam 7.30 pagi tadi, melibatkan 3,558 saluran mengundi dan akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5.30 petang.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Hajiji Noor
#Gabungan Rakyat Sabah
#Calon PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan