awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Kemenangan GRS, kemenangan rakyat, terima kasih - Hajiji

Bernama
Bernama
29/11/2025
22:20 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Kemenangan GRS, kemenangan rakyat, terima kasih - Hajiji
Hajiji menyifatkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai kemenangan rakyat. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai kemenangan rakyat.
Sehubungan itu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah atas mandat baharu diberikan kepada beliau untuk terus menerajui kepimpinan pentadbiran negeri.
"Kemenangan ini milik setiap daripada anda yang percaya kepada visi kita, menyokong usaha kita dan berkongsi impian kita untuk masa depan Sabah lebih cerah.
"Dengan penuh kesyukuran, saya menerima kepercayaan yang anda berikan kepada saya dan rakan-rakan saya dalam GRS untuk sekali lagi memimpin dan berkhidmat sebagai wakil rakyat anda.
"Sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi dan keyakinan mereka terhadap perjuangan kita telah menjadi pemangkin kepada kemenangan ini," katanya dalam kenyataan selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 di Istana Seri Kinabalu di sini, pagi ini.
Dalam pada itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat Sabah untuk bersama-sama meraikan kemenangan GRS dalam pilihan raya negeri kali ini, sebagai permulaan kepada bab baharu yang dipenuhi dengan tujuan dan tekad untuk membina masa hadapan yang lebih baik.
Beliau berkata sejak awal, komitmen GRS adalah untuk memupuk perubahan dan kemajuan menerusi agenda pembangunan holistik dan inklusif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), sekali gus menggerakkan pembangunan bermakna serta membina jambatan menyatukan dan bukan memisahkan.
"Kita kekal teguh dalam meneruskan kesinambungan SMJ 2.0, yang menumpukan kepada empat tonggak utama: Sabah Diutamakan (Sabah First), Sabah Maju (Sabah Forward), Sabah Sejahtera (Sabah Prosper) dan Sabah Bersatu (Sabah United)," katanya.
Hajiji berkata, komitmen penuh gabungan parti tempatan Sabah itu adalah untuk bekerja tanpa henti bagi memperjuangkan harapan dan aspirasi semua rakyat Sabah.
"Bersama-sama, kita akan menghadapi cabaran, merebut peluang baharu dan memastikan setiap suara, walau sekecil mana sekalipun, didengari dan dihargai," katanya yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman buat penggal kesembilan.
Beliau juga mahu semua rakyat Sabah bersama-sama kerajaan negeri, untuk terus bekerjasama sebagai rakan kongsi aktif dalam perjalanan memacu kemajuan negeri dengan perpaduan sebagai kekuatan, bagi memastikan kemenangan tersebut benar-benar membawa makna.
"Kepada semua pihak lawan, kita telah bertanding bersama-sama sepanjang pilihan raya ini, marilah kita merapatkan saf dan merangkul semangat demokrasi dengan bersatu padu.
"Marilah kita membina kepercayaan dan beriltizam untuk bekerja secara kolaboratif, demi berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan dan demi kebaikan Sabah secara keseluruhan," katanya.
Sementara itu, ketika ditemui media di luar istana, Hajiji secara ringkas berkata "Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selesai sudah saya mengangkat sumpah sebagai ketua menteri, terima kasih kita jumpa esok".
Hajiji, 70, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini, kira-kira 3.05 pagi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#kemenangan rakyat
#Hajiji Noor
#Gabungan Rakyat Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan