awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Lantang sebagai 'Hero MA63' demi populariti tetapi rela bohongi rakyat - Anifah

Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
28/11/2025
08:45 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Lantang sebagai 'Hero MA63' demi populariti tetapi rela bohongi rakyat - Anifah
Anifah menjelaskan beliau dan kerajaan negeri sentiasa bijaksana dalam memperjuangkan hak MA63 termasuk 40 peratus sekali gus memastikan Kerajaan Persekutuan terbeban hingga akhirnya muflis - Foto/ FB Anifah Aman
KIMANIS: Keputusan bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 adalah untuk memastikan hak-hak Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan.
Menegaskan bukan mahu menjadi hero dalam isu itu, Anifah yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) percaya, pembayaran 40 peratus hasil kepada Sabah adalah satu yang perlu diperjuangkan demi maruah dan mengangkat taraf hidup rakyat terutama di pedalaman.
"Saya sebelum ini sudah selesa dan gembira apabila 'pencen' sebagai wakil rakyat. Tetapi apabila turun ke kawasan kita dengar rintihan orang kampung mahukan saya semula untuk membela nasib mereka.
"Formula dan strategi saya mudah... perjuangkan MA63 serta minyak dan gas yang ada di negeri ini. Apabila kedua-dua ini termasuk 40 peratus hasil itu, kita dapat bantu rakyat-rakyat kita di kampung-kampung selain membangunkan negeri.
"Selain ekonomi kita akan terus memperjuangkan hak Sabah MA63... minyak dan gas. Sebab itu saya rasa keputusan saya bertanding adalah untuk bangkit serta berjuang demi rakyat," katanya kepada Astro AWANI.
Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) menjelaskan beliau dan kerajaan negeri sentiasa bijaksana dalam memperjuangkan hak MA63 termasuk 40 peratus sekali gus memastikan Kerajaan Persekutuan terbeban hingga akhirnya muflis.
Sebaliknya beliau akui sebagai rakyat Malaysia, beliau mahukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat dan stabil yang mana akhirnya akan memberi manfaat kepada Sabah.
"Mari kita berbincang tetapi perbincangan itu perlu ada penyelesaian. Malah kita perlu bekerja dengan Kerajaan Persekutuan bagaimana mereka mahu memastikan isu-isu yang tertunggak ini dikembalikan," katanya.
Ditanya mengenai sesetengah pemimpin yang lantang seolah-olah mereka adalah hero memperjuangkan MA63, Anifah berkata, itu adalah karakter ahli politik untuk meraih populariti dan undi hingga sanggup berbohong.
Menyingkap kembali, beliau yang merupakan antara pemimpin dari Sabah yang memegang jawatan menteri membangkitkan isu hak-hak Sabah dalam MA63 sekali gus melaksanakan forum bersama profesional pada tahun 2015.
"Pada Waktu itu tiada pun menteri Barisan Nasional (BN) dari Sabah yang menyertai forum mengenai hak-hak Sabah dalam MA63 yang dianjurkan oleh saya. Saya malu masa itu, saya kemudian mendekati pembangkang seperti Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Pas," katanya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Calon PRN Sabah 2025
#PRN Sabah 2025
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan