awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Fakri sah wakili kelab divisyen tiga Portugal

Bernama
Bernama
09/11/2012
02:10 MYT
Ahmad Fakri sah wakili kelab divisyen tiga Portugal
Penyerang pasukan Felda United, Ahmad Fakri Saarani mengesahkan bahawa beliau bakal menandatangani kontrak selama setahun untuk beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) bermula awal musim depan.
Bekas pemain Harimau Muda A itu berkata beliau telah mendapat tawaran untuk bermain untuk kelab yang berpangkalan di bandar Evora, Portugal itu pada Ogos lepas namun terpaksa menangguhkan hasratnya kerana terikat dengan kempen Piala Malaysia ketika itu.
"Saya turut dipanggil oleh (ketua jurulatih bola sepak kebangsaan) Datuk K. Rajagobal untuk membarisi skuad negara pada Piala AFF Suzuki penghujung bulan ini, jadi saya terpaksa melupakan seketika hasrat untuk pergi lebih awal ke Portugal," katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan perkara itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pemain kelahiran Kelantan yang berusia 23 tahun ini telah mendapat tawaran untuk bermain bersama salah sebuah kelab divisyen tiga di Portugal.
Sebagai rekod, Ahmad Fakri merupakan pemain kedua negara yang beraksi di Portugal selepas bekas pemain Harimau Muda A iaitu Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain bersama kelab remaja Beira Mar di negara yang sama.
Ditanya mengenai peluang mengisi kesebelasan utama pasukan Atletico S.C., Ahmad Fakri, yang boleh mampu bermain di posisi serangan dan sayap kanan, berharap beliau mampu mempamerkan persembahan terbaik bagi memikat jurulatih kelab Portugal itu, Paulo Simao.
"Saya juga berharap mampu mempromosikan nama Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa," katanya yang baru tiba di tanahair selepas membantu skuad kebangsaan mengharungi dua aksi persahabatan di Vietnam dan Thailand.
Pada kedua-dua perlawanan yang masing-masing berlangsung pada 3 dan 7 Nov itu, skuad Harimau Malaya tumpas dengan keputusan 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand.
Sementara itu, pengurus peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah berkata Ahmad Fakri akan bertolak ke Portugal selepas berakhirnya kempen Piala AFF Suzuki, Disember ini.
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh pasukan luar negara yang berminat mendapatkan pemain tempatan.
Topic Berkaitan
#Fakri Saarani
#Felda United
#harimau
#Potugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan