awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa America: Neymar sah terkeluar

Astro Arena
Astro Arena
23/06/2015
04:00 MYT
Copa America: Neymar sah terkeluar
Penyerang berusia 23 tahun itu dilayangkan kad merah kerana bergaduh selepas wisel penamat dalam kekalahan 1-0 Brazil kepada Colombia minggu lalu.
Neymar sah terkeluar daripada baki saingan Copa America yang sedang berlangsung di Chile selepas Brazil memutuskan untuk tidak merayu terhadap penggantungan empat perlawanan ke atas ketua pasukan kebangsaan negara itu.
Penyerang berusia 23 tahun itu dilayangkan kad merah kerana bergaduh selepas wisel penamat dalam kekalahan 1-0 Brazil kepada Colombia minggu lalu.
Jurulatih Brazil, Dunga, ketika itu berkata Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) akan mencabar keputusan kad merah itu.
Dengan perkembangan terbaru, Neymar dijadualkan meninggalkan kem pasukan Brazil selepas CBF mengeluarkan kenyataan ia tidak akan merayu terhadap penggantungan pemain itu.
"Suruhanjaya teknikal CBF dan Neymar berharap Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (Conmebol) akan mengekalkan ketegasan yang sama seperti hukuman ke atas Neymar dalam semua kejohanan anjurannya," kata kenyataan itu.
Neymar digantung empat perlawanan selepas mengutip satu kad kuning, kemudian kad merah selain mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil ketika dan selepas perlawanan dengan Colombia itu, Rabu lalu.
Brazil seterusnya akan berdepan Paraguay dalam suku akhir pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Copa Amerika Syarikat
#Neymar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan