awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gandakan usaha untuk persiapan akhir, kata Khairy

Bernama
Bernama
01/08/2017
15:57 MYT
Gandakan usaha untuk persiapan akhir, kata Khairy
Khairy berharap kajian semula pra-Sukan SEA mengenai pelbagai kekurangan akan ditangani. - Gambar fail
Tinggal 17 hari sahaja lagi sebelum bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu semua yang terlibat dengan sukan dwitahunan itu perlu menggandakan usaha bagi persiapan akhir, memastikan segala-galanya dapat disiapkan seperti yang dijadualkan.
Menurut laman web rasmi KL2017 www.kualalumpur2017.com.my Khairy hari ini mempengerusikan mesyuarat terakhir Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2017 di pejabatnya di Putrajaya, dihadiri semua ketua pelbagai 15 jawatankuasa kecil melaporkan kemajuan terakhir.
Khairy berkata adalah mustahak bagi semua jawatankuasa kecil itu meneruskan meneliti perintah kerja dengan lebih kerap, kerana ia mempunyai hubungan dengan keseluruhan sistem.
"Semua infrastruktur berkaitan KL2017 sudah 98 peratus selesai," katanya seperti yang dipetik dalam berita itu.
Beliau juga berharap kajian semula pra-Sukan SEA mengenai pelbagai kekurangan akan ditangani.
Antara isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat itu tentang keperluan mengadakan laluan khas atau alternatif untuk pengangkutan atlet dan pegawai.
Masa jadual pengangkutan ini juga perlu dinyatakan dengan jelas supaya ia tidak menjejaskan waktu pertandingan.
Terdapat juga keperluan untuk menentukan zon bagi menurun dan mengambil penumpang bagi pengangkutan awam.
Antara acara yang akan dianjurkan dalam tempoh dua minggu menjelang KL2017 ialah pelancaran lagu tema rasmi nyanyian Dayang Nurfaizah pada 8 Ogos.
Ia diikuti pelancaran Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) dan upacara penyerahan bendera oleh Yang di-Pertuan Agong pada 10 Ogos dan menaiki belon panas bagi Nyalaan Obor Sukan SEA sehari kemudian.
Sukan SEA dibuka secara tidak rasmi pada 14 Ogos ini dengan perlawanan bola sepak pasukan lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kajian semula
#Khairy Jamaluddin
#KL2017
#persiapan akhir
#pra-Sukan SEA
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan