awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Sultan Johor muncul kembali, enam negara bakal bersaing - Subahan

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
15/09/2022
09:26 MYT
Hoki Piala Sultan Johor muncul kembali, enam negara bakal bersaing - Subahan
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal pada sidang media pada Majlis Pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor kali ke-10 di Persada hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Selepas dua tahun tidak dianjurkan susulan pandemik COVID-19, Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Piala Sultan Johor kembali membuka tirai pada tahun ini.
Enam buah negara akan berentap dalam kejohanan yang bertempat di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru bermula 22 hingga 29 Oktober nanti.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kejohanan yang disertai Australia, Great Britain, Jepun, India, Afrika Selatan dan Malaysia itu dilihat menjadi platform terbaik dalam mempersiapkan skuad hoki negara menjelang Piala Dunia Hoki Remaja yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Disember tahun hadapan.
"Sebagai Presiden kita tak letakkan sasaran, hanya mahu melakukan yang terbaik. Ini kerana meletakkan sasaran umpama memberikan tekanan kepada pemain dan jurulatih. Ini platform untuk memberikan pemain muda pengalaman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Dan Penyampaian Cek Penajaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini pada Khamis.
Majlis pelancaran kejohanan disempurnakan Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim selaku wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menerusi sidang sama, KHM turut mengumumkan Penolong Ketua Jurulatih Hoki Kebangsaan, Muhammad Amin Rahim dilantik sebagai Ketua Jurulatih Hoki Remaja.
Pelantikan Amin itu bagi memastikan corak permainan dan strategi yang diterapkan dapat diselaraskan antara skuad senior dan remaja.
Topic Berkaitan
#Hoki Piala Sultan Johor
#Konfederasi Hoki Malaysia
#Subahan Kamal
#skuad remaja kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan