awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jun Hao siap sedia berdepan Zii Jia di Terbuka Hong Kong

Bernama
Bernama
06/09/2025
02:00 MYT
Jun Hao siap sedia berdepan Zii Jia di Terbuka Hong Kong
Zii Jia memenangi ketiga-tiga pertemuan sebelum ini, sekali gus menjadikan aksi kali ini peluang penting buat Jun Hao untuk memburu kemenangan sulung ke atas pemain profesional itu.
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao bersedia menghadapi cabaran getir menentang rakan senegara, Lee Zii Jia pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025 yang bermula Selasa depan.
Meskipun Zii Jia baharu sahaja kembali selepas berehat panjang akibat kecederaan, Jun Hao tidak menganggap ia sebagai kelebihan besar buat dirinya.
"Ia satu cabaran buat saya kerana kita semua tahu bukan mudah untuk menewaskan Zii Jia. Dia baru kembali beraksi pada Kejohanan Dunia di Paris dan dalam kejohanan seperti ini (Terbuka Hong Kong) apa sahaja boleh berlaku," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jun Hao yang kini berada di ranking ke-23 dunia diundi menentang Zii Jia yang menghuni kedudukan ke-47, dengan perlawanan itu bakal menjadi pertemuan pertama mereka sejak Terbuka Artik 2023.
Mengulas lanjut, Jun Hao menegaskan status sebagai rakan senegara yang pernah berlatih bersama tidak akan mempengaruhi semangat persaingan di gelanggang.
"Lawan tetap lawan, tidak kira sama ada saya pernah berlatih dengannya atau tidak. Kami berdua pasti akan memberikan yang terbaik. Segalanya bergantung kepada strategi di atas gelanggang," katanya.
Zii Jia memenangi ketiga-tiga pertemuan sebelum ini, sekali gus menjadikan aksi kali ini peluang penting buat Jun Hao untuk memburu kemenangan sulung ke atas pemain profesional itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Hong Kong 2025
#Leong Jun Hao
#Lee Zii Jia
#pusingan pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan