awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS anjur Program Pembangunan Jurulatih

Bernama
Bernama
14/07/2023
22:20 MYT
KBS anjur Program Pembangunan Jurulatih
Hannah berkata program itu bertujuan memastikan kumpulan pelapis jurulatih negara menjalani pembangunan kejurulatihan secara berstruktur. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Nippon Sports Science University (NSSU) menganjurkan Program Kursus Pembangunan Jurulatih bagi memperkukuh sistem kejurulatihan sukan di negara ini.
Menterinya Hannah Yeoh berkata program yang dikendalikan Nippon Sports Science University Coach Developer Academy (NCDA) itu bertujuan memastikan kumpulan pelapis jurulatih negara menjalani pembangunan kejurulatihan secara berstruktur.
"Kerjasama ini sangat berharga untuk kita supaya mereka (jurulatih) ada peluang untuk terlibat secara langsung dengan NSSU dan bertanya soalan kepadanya.
"Para jurulatih juga boleh bandingkan teknik kejurulatihan mereka dengan apa yang dilakukan di NSSU," katanya kepada Bernama selepas majlis penutup kursus itu yang bermula Rabu lepas di Institut Sukan Negara (ISN) di sini, pada Jumaat.
Hannah berkata program kali ini melibatkan seramai 25 orang jurulatih ISN yang antara lain didedahkan kepada teori dan praktikal berkaitan kemahiran jurulatih secara menyeluruh dalam merancang program latihan secara berstruktur.
Katanya, program sama akan dianjurkan Ogos ini melibatkan jurulatih daripada Majlis Sukan Negara (MSN).
Selain itu Hannah berkata sesi Townhall Wanita bagi mendengar cabaran yang dihadapi golongan itu untuk terus berkecimpung dalam arena sukan dijangka diadakan pada Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#MSN
#Kursus Pembangunan Jurulatih
#NCDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan