awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Sabri Abas dilantik CEO baharu Terengganu Football Club

Bernama
Bernama
09/10/2023
12:16 MYT
Mohd Sabri Abas dilantik CEO baharu Terengganu Football Club
Mohd Sabri yang memiliki pengalaman luas dalam industri sukan telah banyak menyumbang kepada perkembangan TFCSB dan TFC sejak mula berkhidmat pada 2020. - Gambar FB Terengganu FC
KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada Isnin mengumumkan pelantikan Mohd Sabri Abas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang baharu.
TFCSB dalam kenyataannya berkata pelantikan Mohd Sabri yang juga bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) TFCSB itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) semalam.
Menurutnya Mohd Sabri yang memiliki pengalaman luas dalam industri sukan telah banyak menyumbang kepada perkembangan TFCSB dan kelab Terengganu FC (TFC) sejak mula berkhidmat pada 2020.
"Dengan melihat kepada kredibiliti dan pengalaman, beliau adalah calon terbaik untuk menjadi peneraju TFCSB. Keluarga besar TFCSB mengucapkan sekalung tahniah dan kehadiran beliau sebagai CEO diharap dapat membawa TFCSB serta kelab TFC ke peringkat lebih tinggi," menurut kenyataan itu.
Sebelum menggalas tugas COO di TFCSB, Mohd Sabri yang memiliki Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan di universiti sama terlebih dahulu memegang jawatan sebagai pengurus pasukan Piala Presiden pada 2018 dan penolong pengurus Liga Super T-Team pada 2015 hingga 2018.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu Football Club
#TFCSB
#CEO baharu
#Mohd Sabri Abas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan