awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nadal akan tampil dalam pusingan akhir ATP

Astro Arena
Astro Arena
09/11/2017
04:45 MYT
Nadal akan tampil dalam pusingan akhir ATP
Nadal mengharungi musim yang hebat, memenangi Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat untuk menjadikan jumlah keseluruhan kejuaraan grand slamnya kepada 16. - Gambar fail/AP
RAFAEL Nadal akan kembali cergas dan beraksi dalam pusingan akhir ATP di London walaupun dilaporkan mengalami kecederaan lutut sebelum ini.
Perkara itu disahkan oleh jurulatihnya, Carlos Moya, setelah pemain nombor satu dunia itu terpaksa melupakan saingan suku akhir Paris Masters sebelum ini ketika aksi menentang Filip Krajinovic akibat kecederaan lutut, sekaligus menimbulkan persoalan akan penampilannya di London.
Bagaimanapun, Moya menyifatkan anak didiknya itu akan tetap beraksi, menambah tarikan kepada kejohanan setelah Andy Murray dan Novak Djokovic sah tidak akan beraksi.
"Nadal dalam keadaan bagus, begitu juga lututnya," kata Moya ketika di Milan.
"Dia berhenti kerana tidak mahu mengambil risiko tetapi akan tetap beraksi di London kerana ia satu-satunya kejuaraan yang belum dimilikinya."
Nadal mengharungi musim yang hebat, memenangi Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat untuk menjadikan jumlah keseluruhan kejuaraan grand slamnya kepada 16.
Pemain berusia 31 tahun itu bergelut dengan kecederaan dan masalah prestasi dalam dua tahun sebelum ini, namun Moya menjelaskan dia tidak pernah meragui kemampuan bintang Sepanyol itu.
"Saya sudah menjangkakan Nadal akan kembali menjadi pemain nombor satu dunia dan saya tidak terkejut kerana melihatnya berlatih dengan gigih.
"Tenis dan pemikirannya telah membawanya ke carta nombor satu semula," tambah Moya.
Topic Berkaitan
#ATP
#Carlos Moya
#London
#pusingan akhir
#Rafael Nadal
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan