awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain tak baca, faham proses naturalisasi - FAM boleh saman tujuh pemain warisan Harimau Malaya?

Astro Arena
Astro Arena
30/11/2025
01:50 MYT
Pemain tak baca, faham proses naturalisasi - FAM boleh saman tujuh pemain warisan Harimau Malaya?
Nik Erman memberikan pandangan bahawa tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu seakan 'tidak peduli' mengenai proses naturalisasi sebelum menyarung jersi skuad kebangsaan.
Peguam komersial dan sukan, Nik Erman Nik Roseli, menyatakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara dasarnya turut boleh mengemukakan saman terhadap tujuh pemain warisan negara berhubung kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Disiplin Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) berkaitan pemalsuan dokumen.
Nik Erman memberikan pandangan bahawa tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu seakan 'tidak peduli' mengenai proses naturalisasi sebelum menyarung jersi skuad kebangsaan.
Pemain itu membabitkan Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garcas, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Iraurgui dan Hector Hevel.
"Apa-apa pemalsuan telah dilakukan oleh orang dalaman FAM. Jadi, persoalan samada pemain-pemain boleh menyaman (FAM), jawapannya ya tetapi adakah mereka boleh berjaya, jawapannya tidak.
"Ini kerana saya berpendapat bahawa pemain-pemain bukan pihak yang tidak bersalah. Menurut 'Motivated Decision', pemain-pemain tidak membaca, tidak faham dan tidak kisah mengenai proses naturalisasi.
"Malah, pemain-pemain tidak peduli pun selepas mengetahui mereka dihukum 12 bulan. Pemain-pemain tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
"Jika saya bagi pihak FAM, FAM yang patut menyaman tujuh pemain-pemain tersebut. Ini kerana pemain-pemain telah merepresentasikan diri mereka sebagai mempunyai darah orang Malaysia dan layak menerima kerakyatan Malaysia walaupun mereka tidak layak,"
"Apa-apa pemalsuan telah dilakukan oleh orang dalaman FAM. Ini dalang sebenar.
"Pemain-pemain dan FAM boleh menyaman ejen atau wakil FAM yang telah menguruskan proses dan permohonan naturalisasi ini.
"Walaupun saya rasa kedua-dua pemain dan FAM gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing, pengantara ini perlu disaman atas peranannya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
FAM yang menerima hukuman berjumlah CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) itu dalam proses untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas rayuanya ditolak sebelum ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#FAM
#pemain warisan negara
#proses naturalisasi
#pemalsuan dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan