awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan bangunan MOM baharu libatkan kos RM103 juta - Norza

Bernama
Bernama
01/03/2025
10:00 MYT
Pembinaan bangunan MOM baharu libatkan kos RM103 juta - Norza
Majlis Menandatangani Perjanjian antara MOM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang berlangsung di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pembinaan bangunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang baharu di Bukit Jalil dijangka melibatkan kos berjumlah RM103 juta, kata Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak RM93 juta adalah bagi pembinaan bangunan manakala RM10 juta merupakan nilai pajakan tanah bagi bangunan baharu yang akan dikenali sebagai Olympic House Malaysia.
"Untuk pajakan tanah kita (MOM) perlu bayar RM5 juta dahulu dan selebihnya dibayar dalam masa 10 tahun.
"Bangunan ini akan ada kemudahan baharu, muzium dan dewan banquet untuk menjana pendapatan tambahan MOM, dewan sidang media, bilik mesyuarat dan kita ada beberapa pejabat untuk persatuan sukan yang tidak mampu untuk ada pejabat besar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian antara MOM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang turut dihadiri Timbalan Presiden MOM Tan Sri Hamidin Mohamad Amin, Ketua Pegawai Eksekutif PSM Ilyas Jamil dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk K Nagulendran.
Pada 11 Dis tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagi pihak kerajaan.
Dalam pada itu, Mohamad Norza turut berharap Olympic House Malaysia dapat disiapkan menjelang Sukan SEA 2027 yang menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah.
"Akan ada fasa-fasanya untuk menyiapkan pembangunan, kita mahu siap bangunan terdahulu jadi boleh adakan mesyuarat di sana, bukan mudah, sebab kita habiskan banyak masa untuk berunding dengan kerajaan untuk projek ini," katanya.
Ibu pejabat MOM baharu itu bakal dibina bersebelahan Stadium Nasional Hoki selain dikelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Pusat Akuatik Negara, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangunan Majlis Olimpik Malaysia
#Mohamad Norza Zakaria
#Olympic House Malaysia
#MOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan