awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM jumpa Zii Jia, Jin Wei dan pengurusan BAM

Bernama
Bernama
27/01/2022
08:43 MYT
PM jumpa Zii Jia, Jin Wei dan pengurusan BAM
Pada pertemuan di Perdana Putra pada tengah hari tadi, BAM diwakili Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Timbalan Presiden 1 Datuk V. Subramaniam dan Timbalan Presiden 2 Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos. - Foto Facebook Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia.
Pada pertemuan di Perdana Putra pada tengah hari tadi, BAM diwakili Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Timbalan Presiden 1 Datuk V. Subramaniam dan Timbalan Presiden 2 Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah pemain perseorangan wanita negara dan bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei.
"Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara," kata Ismail Sabri menerusi catatan di akaun Facebook rasminya.
Jumaat lepas, BAM mengumumkan bahawa badan induk itu tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan bagi tempoh dua tahun bermula 18 Jan, selepas pemain ranking ketujuh dunia itu menghantar surat untuk keluar daripada BAM pada 11 Jan.
Namun Selasa lepas Mohamad Norza telah memberikan lampu hijau kepada Zii Jia untuk beraksi sebagai pemain profesional, selepas menerima rayuan dan mengadakan perbincangan dengan pemain tinggi lampai itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#BAM
#ismail sabri yaakob
#Mohamad Norza Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan