awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor antara penaja logo 'Visit Malaysia' pada jersi Cardiff City FC

Bernama
Bernama
07/06/2018
23:23 MYT
Sultan Johor antara penaja logo 'Visit Malaysia' pada jersi Cardiff City FC
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaja kira-kira RM5 juta untuk mengekalkan logo 'Visit Malaysia' pada jersi pasukan bola sepak Cardiff City. - Facebook Facebook/officialsultanibrahim
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaja hingga tiga juta pound sterling (kira-kira RM5,339,915) dalam tempoh tiga tahun lepas sejak 2015 untuk mengekalkan logo 'Visit Malaysia' pada jersi pasukan bola sepak Cardiff City.
Pada sidang akhbar pada Khamis, pemilik kelab itu, Tan Sri Vincent Tan mendedahkan bahawa Sultan Johor itu adalah antara penaja logo berkenaan, dengan berkata, "Tuanku tidak membantu Cardiff City FC, tetapi lebih kepada untuk mempromosi negara ini".
Cardiff City FC di bawah bimbingan pengurusnya, Neil Warnock, akan bersaing pada Liga Perdana Inggeris 2018/19 di samping Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool berikutan kenaikan statusnya daripada Liga Kejohanan.
Tan juga menyuarakan harapan agar Menteri Pelancongan yang baharu akan menimbang "bekerjasama" dengan kelab itu untuk terus mempromosi industri pelancongan Malaysia.
"Kini, bintang Barcelona, Luis Suarez, menjadi duta bagi Tourism Malaysia. Apabila dia bermain bola sepak, dia tidak memberitahu orang bahawa dia adalah Duta Tourism Malaysia, tetapi saya berpendapat anda tidak dapat mengalahkan Duta 'Visit Malaysia' itu pada Liga Perdana Inggeris.
Apabila Cardiff City bermain pada Liga Perdana Inggeris dengan memakai jersi yang tertera 'Visit Malaysia' sebagai penaja utama, 4.8 bilion manusia dari seluruh dunia akan melihatnya," kata beliau.
Tan berkata banyak orang menyangka Kementerian Pelancongan menjadi penaja logo 'Visit Malaysia', sedangkan sebenarnya, ia berbuat demikian bagi satu musim (2013-2014) sahaja.
"Mereka membayar hanya untuk setahun iaitu ketika kami beraksi dalam Liga Perdana Inggeris. Sekarang, kami kembali beraksi dalam liga itu lagi dan kami berharap menteri baharu akan menimbangnya dan mereka sepatutnya terus memberi sumbangan kerana dalam Liga Perdana Ingeris, kami perlu membelanjakan banyak wang," kata beliau.
Dikenali sebagai Bluebirds dan mewakili ibu negeri Wales, Cardiff City FC adalah satu-satunya kelab bukan Inggeris yang memenangi Piala FA dan menjulang trofi terkenal di dunia itu pada 1927.
Pasukan itu melakar sejarah terbaru dalam kejohanan bola sepak apabila mara ke perlawanan akhir Piala FA 2008 dan perlawanan akhir Piala Liga 2012 di Stadium Wembley.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cardiff City
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#visit malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan