awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka AS: Jabeur cipta sejarah, wakil Afrika pertama layak ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
07/09/2022
01:45 MYT
Terbuka AS: Jabeur cipta sejarah, wakil Afrika pertama layak ke separuh akhir
Aksi Ons Jabeur membalas hantaran Ajla Tomljanovic ketika suku akhir Terbuka AS, 6 Sept 2022, di New York. (Foto AP)
PILIHAN kelima, Ons Jabeur dari Tunisia meneruskan musim mencipta sejarahnya dengan mengalahkan pemain Australia, Ajla Tomljanovic, 6-4, 7-6 (4) pada suku akhir Terbuka AS di New York.
Jabeur, 28, menjadi wanita Afrika atau Arab pertama mara ke separuh akhir Terbuka AS dalam era Terbuka.
Enam minggu lalu, dia mara ke final di Wimbledon, wanita Afrika atau Arab pertama mara ke final di mana-mana acara Grand Slam.
"Saya hanya cuba melakukan tugas saya dan diharapkan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita dari Afrika," kata Jabeur. “Benar-benar ia amat bermakna bagi saya.”
Jabeur mematahkan servis Tomljanovic lima kali dalam enam peluang. Pemain Tunisia itu juga memenangi 22 daripada 31 mata servis pertamanya (71 peratus) dan mendahului Tomljanovic 29-12 dalam kemenangan.
Tomljanovic mendahului set kedua 5-3 sebelum Jabeur bangkit untuk mengikat kedudukan 5-5 dan 6-6. Pemain Australia itu mendahului pada awal perlawanan, 2-1 dan 3-2, sebelum Jabeur memenangi tiga mata berturut-turut untuk mendahului hingga tamat permainan.
“Saya percaya pada diri saya sendiri selepas Wimbledon,” kata Jabeur dalam wawancara di gelanggang.
“Saya tahu bahawa saya ada dalam diri saya untuk memenangi perlawanan akhir (utama). Dan di sini saya berada di separuh akhir.
“Saya terus mengulangi kepada diri sendiri (dalam tiebreak), ‘Saya boleh, saya boleh.'”
Tomljanovic menyingkirkan Serena Williams pada pusingan ketiga kejohanan itu dalam perlawanan terakhir kerjaya Williams. Pemain Australia itu kemudiannya menewaskan Liudmila Samsonova dari Russia untuk mara ke suku akhir pertama Terbuka AS.
Topic Berkaitan
#Terbuka AS
#Ons Jabeur
#wanita Afrika pertama
#Ajla Tomljanovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan