awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
18/07/2024
21:20 MYT
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata DBKL sentiasa bersedia membantu dan menghargai usaha KLFA dan KL City FC dalam memajukan sukan bola sepak di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Selaku menteri yang bertanggungjawab kepada DBKL, Dr Zaliha berkata walaupun ia menjadi amalan sebelum ini, KLFA dan KL City FC merupakan badan yang berdiri sendiri dan tidak mempunyai ikatan secara formal dengan DBKL selain beroperasi secara bebas.
"Perlu diingatkan bahawa hasil pendapatan DBKL sebahagian besarnya datang daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.
"Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab DBKL untuk memastikan wang cukai rakyat ini digunakan dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran semua warga kota," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang juga bekas Presiden KLFA memohon agar 0.5 peratus daripada jumlah pendapatan DBKL disalurkan kepada KLFA dan KL City FC.
Dr Zaliha berkata DBKL sentiasa bersedia membantu dan menghargai usaha KLFA dan KL City FC dalam memajukan sukan bola sepak di Kuala Lumpur.
"Saya turut berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan selama ini serta melihat potensi besar dan masa depan yang cemerlang bagi pasukan KL City FC," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#tiada obligasi salur peruntukan
#Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur
#KL City FC
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan