awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Azizulhasni tepati ramalan, walau terjatuh Shah Firdaus bangkit rebut tiket suku akhir

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/08/2021
08:34 MYT
Tokyo 2020: Azizulhasni tepati ramalan, walau terjatuh Shah Firdaus bangkit rebut tiket suku akhir
Kecederaan yang dialami Shah Firdaus di bahagian rusuk akibat terjatuh tidak menghentikan perjuangan atau mengganggu prestasinya. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR : Semangat dipamerkan jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang terbukti membuahkan hasil apabila berjaya menduduki kedudukan cemerlang pada pusingan saringan acara Keirin pada Sabtu.
Pencapaian itu sekali gus membuka harapan kepada Malaysia untuk memperoleh pingat emas.
Beraksi pada saringan ketiga di Velodrom Izu, Azizulhasni dengan mudah melayakkan diri ke suku akhir setelah berjaya mengekalkan kedudukan di hadapan pelumba Trinidad and Tobago, Nicholas Paul.
Sementara itu, semangat juang luar biasa turut dipamerkan seorang lagi jaguh trek berbasikal negara, Shah Firdaus Sahrom meskipun berdepan kemalangan pada saringan kedua.
Situasi itu berlaku selepas berlaku himpitan pelumba Great Britain, Jack Carlin, mengakibatkan perlumbaan semula tidak dapat diteruskan.
Bagaimanapun kecederaan bukan penghalang untuk kekal dengan aksi bertenaga apabila pelumba kelahiran Muar itu memilih menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.
Kecederaan yang dialami Shah Firdaus di bahagian rusuk tidak menghentikan perjuangan atau mengganggu prestasinya.
Aksi penuh mendebarkan apabila dia sekali lagi hampir terjatuh namun henjutan terakhir yang menyaksikan dia mengenepikan kesakitan berjaya membawanya berada di kedudukan kedua sekali gus menempah tempat di suku akhir.
Kedua-dua atlet negara sekali lagi bakal berentap di peringkat suku akhir pada Ahad dalam usaha memburu pingat emas pertama buat negara.
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#Azizulhasni Awang
#Shah Firdaus
#trek berbasikal
#keirin
#terjatuh
#shah firdaus terjatuh
#semangat tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan