awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
21/01/2026
01:20 MYT
Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur
Kem ID APAC dianjurkan oleh Akademi Villarreal Malaysia di Arena Sukan Kuala Lumpur dan dikendalikan jurulatih Villarreal CF Nano Marquez dan Alex Mihai dengan sokongan daripada jurulatih akademi tempatan. - Foto Akademi Villarreal Malaysia
KUALA LUMPUR: Kelab LaLiga Sepanyol Villarreal CF kembali ke Malaysia bulan ini bagi menganjurkan edisi kedua Kem Pengenalan Bakat (ID Camp) Akademi Villarreal Asia-Pasifik (APAC) di sini.
Kem itu akan berlangsung dari 23 hingga 25 Jan dan menghimpunkan pemain terpilih daripada rakan Akademi Villarreal di seluruh rantau Asia Pasifik.
Peserta tahun ini termasuk dari Australia, Filipina, Thailand, Kuwait dan tuan rumah, Malaysia.
Kem itu dianjurkan oleh Akademi Villarreal Malaysia di Arena Sukan Kuala Lumpur dan dikendalikan jurulatih Villarreal CF Nano Marquez dan Alex Mihai dengan sokongan daripada jurulatih akademi tempatan.
Pemain yang menunjukkan prestasi terbaik akan dipilih untuk Pasukan Pilihan APAC Bawah 12, 14 dan 16 untuk mewakili Akademi Villarreal dalam kejohanan antarabangsa pada 2026.
Pengurus pembangunan perniagaan antarabangsa Villarreal CF Mar Llaneza dalam kenyataan berkata mereka teruja untuk kembali ke Malaysia bagi program serantau itu.
"Kami teruja kembali ke Malaysia untuk Kem ID APAC tahun ini. Ia sangat istimewa kerana dapat menyatukan akademi rakan kongsi dari seluruh Asia Pasifik dan melihat jurulatih bersama-sama pemain belajar serta berkembang dan menjalin persahabatan.
"Kami telah melihat peningkatan besar dalam tahap akademi rakan kongsi kami, jadi kami menjangkakan untuk melihat beberapa bakat yang hebat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Villarreal CF
#Kem ID APAC
#Akademi Villarreal
#Kem Pengenalan Bakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan