Konflik Asia Barat: EU bincang misi kapal tentera di Selat Hormuz
Menteri luar Kesatuan Eropah (EU) dijangka membincangkan usaha memperkukuh misi tentera laut blok itu di Asia Barat pada Isnin, namun tidak dijangka membuat keputusan untuk memperluas operasi ke Selat Hormuz yang kini terjejas teruk akibat konflik serantau.
