Serangan dron cetus kebakaran, operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai tergendala
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai digantung sementara selepas sebuah tangki bahan api berhampiran lapangan terbang itu terbakar.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Dubai, insiden itu berpunca daripada impak serangan dron sehingga menyebabkan kebakaran besar dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4 pagi pada Isnin.
